top of page
Cari

Makan belacan punca darah tinggi.

  • Luziaf Beauty & Health Store
  • 7 Mei 2016
  • 2 min membaca

Sambal belacan memang sedap dimakan apatah lagi jika lauk-pauknya kena dengan selera kita. Boleh bertambah-tambah makan jadinya. Tetapi apa kaitannya dengan tinggi.

Belacan mengandungi natrium (garam) tersembunyi yang sangat tinggi. Jika anda penghidap darah tinggi, jangan sesekali makan atau menggunakan sambal belacan dalam masakan. Belacan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi lebih tinggi.

______________________________________________________________________________________________________________________________

" Jangan makan belacan jika anda seorang penghidap darah tinggi "

______________________________________________________________________________________________________________________________

jk

Ramai yang keliru apabila mendapat tahu mereka menghidap darah tinggi sedangkan penggunaan garam dalam masakannya amat dijaga. Rupa-rupanya mereka sering makan makanan yang mengandungi garam tersembunyi. Selain daripada belacan, makanan yang dibotolkan, ditinkan dan dikeringkan juga mengandungi garam tersembunyi.


Jika anda penghidap darah tinggi, anda mesti meninggalkan amalan memakan belacan, makanan yang dibotolkan, ditinkan dan dikeringkan serta penambah perisa ajinomoto. Cuba anda tinggalkan makanan- makanan tersebut selama dua minggu dan selepas itu cek tekanan darah anda. Lebihan garam akan dikeluarkan melalui air kencing sekaligus membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda.


Kurangkan makan makanan di dalam botol? Makanan di dalam botol kebanyakkannya mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi bagi memastikan makanan tersebut boleh bertahan lebih lama. Malangnya tidak ramai di antara kita menyedari bahawa makanan di dalam botol seperti sos tomato, sos tiram, sos barbeque dan kicap mengandungi garam tersembunyi yang sangat tinggi.


Kurangkan makan makanan di dalam tin? Selain menjadi penyedap rasa, garam atau natrium juga berfungsi sebagai pengawet makanan. Pada zaman dahulu, sebelum peti sejuk dicipta, manusia menggunakan garam untuk mengawet makanan supaya ia tahan lama. Teknik itu diteruskan sehingga kini terutamanya dalam industri pemprosesan makanan dalam tin. Ikan sardin dalam tin berair atau berminyak contohnya mengandungi 320mg natrium yang bertindak sebagai pengawet. Amalan memakan ikan sardin di dalam tin yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia perlulah dijauhi jika anda tidak mahu menghidap penyakit darah tinggi.


Kurangkan makan makanan yang dikeringkan? Makanan yang dikeringkan seperti ikan masin, ikan bilis, udang kering dan sotong kering juga mengandungi garam yang sangat tinggi.

________________________________________________________________

" Pengambilan natrium berlebihan mampu mendorong kepada hipertensi dan jika tidak dikawal, ia akan membentuk penyakit lain seperti diabetes dan masalah buah pinggang "

______________________________________________________________________________________________________________________________

Datin Dr. Chia Yook Chin, Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia


Kurangkan pengambilan ajinomoto dalam masakan? Kebanyakkan restoran atau gerai makan menggunakan ajinomoto yang agak banyak dalam masakan mereka. Sekiranya anda gemar makan diluar, anda berisiko mendapat darah tinggi. Cuba amalkan makan di rumah kerana anda boleh mengawal jumlah ajinomoto dalam setiap masakan anda.


Ketua Pakar Pemakanan, Pusat Perubatan Gleneagles Kuala Lumpur, Lim Ai Leng menjelaskan, agak sukar bagi menentukan amaun natrium yang diambil dalam sehari. Bagaimanapun tubuh manusia memerlukan kira-kira 500mg natrium setiap hari dan ia tidak sepatutnya melebihi 2,400mg atau bersamaan satu sudu teh. Sebab itu jika ia diambil berlebihan untuk jangka masa panjang, seseorang boleh menghidap hipertensi. Tapi jangan ingat makanan yang tidak masin itu bebas garam kerana ia mengandungi sejumlah natrium tersembunyi.

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Luziaf Damha Beauty & Health Store

No. 71 Jalan Indah 3

Taman Perak Indah

31900 Kampar

Perak

 

014-7599-500

Follow Us

 

  • Black Instagram Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black

Join our mailing list

bottom of page